CelikQuran

Dasar privasi

Dikemas kini: 10 November 2026

CelikQuran ("kami") mengendalikan laman kelas video ini untuk membantu orang dewasa belajar membaca Al-Quran. Halaman ini menerangkan maklumat yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya.

Maklumat yang kami kumpul

Semasa anda mendaftar: nama, alamat emel dan, jika anda isi, nombor telefon. Jika anda log masuk dengan Google, kami menerima nama dan alamat emel akaun Google anda sahaja. Kami tidak menerima kata laluan Google anda.

Semasa anda belajar: video yang anda tandakan selesai, supaya kami boleh tunjukkan kemajuan anda.

Cara kami menggunakan maklumat

Untuk membuka akaun dan kursus anda, menyimpan kemajuan belajar, menghubungi anda tentang kelas dan langganan, dan menambah baik kandungan kami. Kami tidak menjual maklumat anda kepada sesiapa.

Pihak ketiga

Data akaun disimpan oleh Supabase (penyedia pangkalan data kami). Video dimainkan melalui YouTube dalam mod privasi dipertingkat (youtube-nocookie.com). Bayaran, jika ada, diproses oleh penyedia gerbang pembayaran yang dilantik.

Hak anda

Anda boleh mengemas kini nama dan nombor telefon di halaman Profil. Untuk memadam akaun dan semua data anda, hubungi kami di emel di bawah dan kami akan memprosesnya dalam masa 14 hari.

Hubungi kami

Emel: syukursapuan@gmail.com